Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Coutinho Bakal Turun Padang...

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan pemain kontroversinya, Philippe Coutinho akan memperkuat pasukan buat...

Di China Pun Sudah...

Kota Paris sentiasa menjadi destinasi idaman. Tambahan pula, kota itu mengungguli carta sebagai...

Pemodenan, Pertanian Pintar Pemacu...

KUALA LUMPUR - Strategi pemodenan dan pertanian pintar merupakan pemacu perubahan utama dalam...

Pembentukan Kerajaan PH Perak...

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak dapat membentuk sebuah kerajaan negeri mengikut lunas...

Ayob Khan Tak Pernah Gentar! Dia Polis Sejati

AYOB Khan Tak Pernah Gentar: Dia Polis Sejati!

Ugutan bunuh terhadap Ketua Cawangan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay bukan perkara baharu.

Kumpulan militan IS sudah berulangkali menyasarkan Ayob Khan. Sejak 2013, Bukit Aman berjaya melancarkan ratusan serbuan anti keganasan serta menggagalkan beberapa plot serangan pengeboman di negara ini.

Ayob Khan memang sasaran strategik. Dia berada dalam senarai teratas dendam pengganas Khatibah Nusantara – sel gerakan IS di Asia Tenggara yang berpusat di Mandanao.

Selain tekanan akibat kekalahan teruk di Marawi sejak sebulan lalu digempur tentera Filipina, IS mula tidak keruan.

Ia ditambah pula dengan rekod cemerlang polis mengekang pembiakan sel IS di negara ini. Justeru, kemarahan pada Ayob Khan antara punca penularan arahan bunuh yang disebarkan di media sosial sejak seminggu lalu.

Ayob Khan terkenal kerana ketegasannya. Dia serius memerangi IS. Malah, hampir saban minggu menyampaikan ceramah di pelbagai platform dalam mendapatkan sokongan awam bagi membanteras IS.

Sejak empat tahun mengetuai kempen pembanterasan IS, ancaman kali ini lebih serius, kerana disebarkan IS Indonesia.

“Di Malaysia negara yang udah dibawah Khilafah ada satu nama polis AYOB KHAN … dia kerja dengan pemerintah thogut … dia juga orang yang tangkap askar khilafah di Malaysia … semua ikhwan khilafah yang ada di Malaysia bangun sekarang dan habiskan AYOB KHAN orang yang mau lawan dengan KHALIFAH ABU BAKAR AL BAGHDADI.”

Kemarahan sel IS di Indonesia boleh dijangka. Selain terdesak kerana kubu kuat IS di Marawi sedang musnah berikutan kematian lebih 250 pengganas IS, akses untuk saki-baki pengganas menyelinap ke Sabah juga terbatas.

Sejak Februari 2013, Bukit Aman menahan 310 militan. Paling mengejutkan ia termasuk 21 warga Indonesia.


Ayob Khan terkenal serius. Sentiasa muncul awal di setiap majlis sekiranya dijemput menjadi panel. Malah terkenal tegas. Pernah seorang pembantu teknikal hadir lewat di majlis ceramah dan gagal menyediakan projektor bagi memudahkan paparan slaid.

“Anda patut tahu betapa pentingnya sesi ini. Kita berkumpul demi keselamatan negara. Anda masih datang lewat!”

Ketegasan dan komitmennya menunjukkan betapa serius Ayob Khan melihat peranan dan tanggungjawabnya sebagai playmaker anti keganasan.

“Kita berjaya menggagalkan banyak perancangan IS di negara ini. Tetapi hanya kerana satu kegagalan bererti kerosakan yang teruk terhadap keselamatan negara,” kata Ayob Khan dalam satu sesi pertemuan ketika menjadi Panel Dialog Isu Semasa anjuran Pejabat Perdana Menteri tidak lama dahulu.

Bagi yang pernah mengikuti ceramah sesi tertutup pembentangan isu keselamatan negara bersama Ayob Khan pasti menyedari tahap keseriusan yang dimaksudkan. Puluhan slaid dan video modus operandi IS dan wajah-wajah pengganas buruan dipaparkan Ayob Khan.

“Seorang remaja tempatan berusia 16 tahun sanggup menyembelih pengawal pos keselamatan di Selatan Thailand semata-mata kerana manipulasi jihad,” kata Ayob Khan.

Slaid wajah dua remaja yang terlibat dalam pembunuhan itu nampak naif. Namun visual mangsa yang disembelih membuktikan doktrin IS mampu mempengaruhi remaja untuk menyembelih sesama Islam.

Selamat Hari Raya Tuan Ayob. Kami bersama anda dalam menentang keganasan. Moga Allah melindungi tanahair kita. Amin Ya Rabb Alamin. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori