Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Apa Sudah Jadi Dengan...

KUALA LANGAT - Apa sudah jadi dengan titah Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Idris...

Trump Tangguh Keputusan Pindah...

WASHINGTON DC - Keputusan amat ditunggu-tunggu, sama ada untuk pindah Kedutaan Amerika Syarikat...

Virus Zika: Kes Pertama...

PORT OF SPAIN - Seorang wanita berusia 61 tahun disahkan sebagai mangsa pertama...

Jenazah Warden Pusat Tahfiz...

TUMPAT - Jenazah warden yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran...

Aznil Tergelak Peminat Lamar Guna ‘Sticky Notes’

SUDAHLAH popular, kelakar, tampan dan lama menduda pula, tidak hairanlah beliau digilai ramai peminat sehingga ada yang sanggup ajak kahwin!

Berkongsi cerita lucu ketika melawat tapak perniagaan diusahakannya, pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi telah dilamar peminat menerusi nota pelekat yang ditampal di Bazar Paknil di Kompleks PKNS, Shah Alam, baru-baru ini.

Aznil berkata, nota pelekat itu ditampal seorang wanita yang berkunjung ke bazar berkenaan.

“Saya terima macam-macam permintaan pengunjung. Ada yang mahukan kereta dan rumah. Manalah tahu, tiba-tiba saya jadi jutawan segera.

“Ada pihak yang hendak menaja, mungkin impian mereka boleh menjadi kenyataan.

“Apa yang melucukan ada individu berhasrat untuk menjadi isteri dan melamar saya melalui nota pelekat di papan kenyataan itu,” katanya kepada BH Online.

Bercerita mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia (AF) ini berkata, selain terbabit dengan rakaman program baharu, Ring Ring Ringgit, dia giat mempromosikan Bazar Paknil.


“Ketika mula-mula memperkenalkan tapak perniagaan itu, ramai yang skeptikal. Ada yang menyangka saya hanya menggunakan nama saja.

“Bagaimanapun, saya cuba buktikan dengan turun padang dan melakukan pelbagai aktiviti serta promosi besar-besaran di laman sosial.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Ramai pula yang berminat berniaga di Bazar Paknil pada masa akan datang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori