Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Lapor Polis Jika Ditawarkan...

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

‘Kembar’ Datuk Lee Chong...

WAJAH dan paras rupa seorang wanita Melayu yang kelihatan mirip seperti wira badminton...

Hong Leong Bank Kesal...

KUALA LUMPUR - Hong Leong Bank Bhd (HLB) hari ini mengesahkan wang kertas...

Ordinan Darurat Perlu Dibahaskan...

KUALA LUMPUR - Ordinan Darurat yang diisytiharkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan...

Badminton: Bintang India Singkir Pemain No. 1 Dunia

JAKARTA – Pemain bukan pilihan dari India, Srikanth Kidambi menempah tempat ke final badminton Terbuka Indonesia selepas melakar kemenangan menakjubkan ke atas pemain nombor satu dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan.

Kidambi yang menduduki ranking ke-22 dunia, berjaya mendapatkan kelebihan ke atas bintang Korea Selatan itu pada awal saingan sebelum hilang penguasaan pada pertengahan permainan.

Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan semula rentak permainan sebelum menewaskan Son dengan keputusan 21-15, 14-21, 24-22 dalam pertarungan sengit. “Saya fikir benar-benar bernasib baik pada mata terakhir.

“Saya sangat gembira dengan cara saya bermain,” kata Kidambi selepas kemenangan itu.

Pada final malam ini, Srikanth akan berdepan bintang Jepun, Kazumasa Sakai yang menewaskan pemain bukan pilihan dari India, HS Prannoy 17-21, 28-26, 21-18.


“Saya tidak boleh mengawal permainan pada set pertama dan badan saya masih terasa berat.

“Tetapi saya bangkit dalam set kedua dan ketiga dengan pergerakan lebih pantas yang membolehkan saya mengawal permainan,” kata Sakai. – AFP

Kategori