Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

iPhone 6 Mudah Bengkok,...

Tidak sampai seminggu dilancarkan di pasaran, beberapa pengguna iPhone 6 Plus mula merungut...

Romania Larang Sarkas Guna...

BUCHAREST - Parlimen Romania meluluskan rang undang-undang melarang semua sarkas di negara itu...

Tutup Asrama Tahfiz, Anak...

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas seperti henti segera operasi asrama...

Budak 5 Tahun Maut...

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah meninggal dunia selepas...

Banjir Kilat Di Batu Pahat Kini Beransur Pulih

JOHOR BAHRU – Seramai 10 daripada 43 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Parit Jalal, Batu Pahat dekat sini semalam, telah dibenarkan pulang hari ini.

Perkembangan setakat tengah hari itu menjadikan hanya 33 mangsa daripada enam keluarga kini masih berada di PPS berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata mangsa-mangsa sebelum ini dipindahkan berikutan banjir kilat melanda rumah mereka selepas sebuah benteng empangan di kawasan itu pecah akibat hujan lebat.

Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat. Selain Batu Pahat, banjir kilat turut melanda Kampung Permatang Panjang, Jementah di Segamat pada awal pagi ini, menyebabkan 28 penduduk terjejas.


Bagaimanapun, menurut Ayub, tiada pusat pemindahan dibuka kerana banjir mulai surut. – BERNAMA

Kategori