Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kilang Cili Kisar, Kicap...

GEORGE TOWN: Sudahlah memproses makanan bersebelahan tandas pekerja, bekas simpanan bahan mentah pula...

Teknik Samun Mat Rempit...

IBARAT jatut ditimpa tangga.Itu yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal yang bukan sahaja...

Perodua Jangka Capai Sasaran...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangka untuk mencapai sasaran...

Mayat Dalam Kotak: Polis...

GEORGE TOWN - Polis menahan suspek kes bunuh bersabit penemuan mayat seorang wanita...

Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup

MELAKA – Selepas lima hari menyambut Aidilfitri di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Tehel Jasin dekat sini ekoran banjir kilat, 20 mangsa daripada empat keluarga dibenarkan pulang pada 9 pagi tadi. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata pusat pemindahan banjir berkenaan ditutup berikutan keadaan cuaca semakin cerah dan air banjir telah surut. 

“Kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang sejak pagi tadi apabila rumah mereka sudah tidak ditenggelami air dan ada penduduk yang telah mengambil peluang untuk membersihkan rumah masing-masing ekoran cuaca panas. 

“Pusat pemindahan sementara juga telah ditutup secara rasminya pada 9 pagi ini,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka kepada Bernama ketika dihubungi. 

Bagaimanapun Effendy berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.  – BERNAMA
 

Kategori