Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Singapura Pecah Rekod Dunia...

SINGAPURA - Stesen penyiar tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia, pada Jumaat berjaya mencatat...

8,900 Polis, PVR Perak...

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada...

Anak Terengganu Pasang Ladam...

SETIU -  Meskipun pada awalnya bermula sebagai pekerja sambilan tetapi pengalaman selama 20...

Lelaki Cedera Kereta Terhumban...

SEORANG lelaki dilaporkan mengalami kecederaan apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terhumban...

Bank Islam Lantik Khairul Kamarudin Sebagai CEO

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd melantik Khairul Kamarudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank itu berkuat kuasa hari ini.

Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa Khairul sebelum ini merupakan Timbalan CEO bank berkenaan.

“Pengalaman beliau dalam bidang korporat di Malaysia melebihi 21 tahun, termasuk perkhidmatannya bersama PricewaterhouseCoopers (M) Sdn Bhd dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, selain terlibat dalam pelbagai disiplin dan operasi seperti audit, perniagaan jaminan, pengurusan aset dan pemerolehan semula aset,” katanya.

Menyertai Bank Islam pada 2005, Khairul memain peranan penting dalam pemerolehan semula aset bagi Bank Islam semasa tempoh pemulihan dan transformasi dan dilantik sebagai Timbalan CEO pada 2016, kata Bank Islam.


Khairul kini ialah pengerusi dua anak syarikat Bank Islam, iaitu BIMB Investment Management Bhd dan Farihan Corporation Sdn Bhd. – BERNAMA

Kategori