Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

7 Bekas Exco Menghadap...

TUJUH bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak...

Blogger Seks Alvin Hanya...

Rasanya, kebanyakan masyarakat Malaysia kini dah makin malas nak mengendahkan kenyataan-kenyataan biadab yang...

Khuatir Ancaman Anjing Liar...

ALOR SETAR - Kehadiran lebih 100 ekor anjing liar di kawasan perumahan Taman Low Ju Huat...

Mangsa Rebah Disahkan Warga...

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal yang meninggal dunia di atas motosikalnya kelmarin dipercayai...

Bantu Hospital Majukan Pelancongan

BALIK PULAU – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam membantu pihak hospital termasuk swasta memajukan serta mempromosikan pelancongan perubatan di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tidak seperti negara lain, kerajaan sering mengambil inisiatif untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan hingga mampu memberi pulangan besar kepada ekonomi negara.

“Di Malaysia sahaja kerajaan yang promosi pelancongan kesihatan, di negara lain masing-masing hospital promosi (sendiri)…sehingga kini perkembangan industri ini bertambah maju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Tadarus Perdana Wanita UMNO Balik Pulau di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan 120 kepakaran yang ada di negara ini, ia turut memberi keyakinan serta menarik ramai pesakit dari negara luar memilih Malaysia sebagai destinasi perubatan mereka.

Selain itu katanya, kos perubatan yang dikawal pihak kementerian juga menjadi antara tarikan pesakit untuk berkunjung ke negara ini kerana mereka tidak akan dikenakan caj lebih daripada yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai proses permohonan lesen oleh syarikat Island Hospital Sdn Bhd bagi projek pembesaran Hospital Island di Lebuhraya Peel Avenue dekat sini, Hilmi berkata pihaknya masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu.


“(Jika) hospital baharu, perlukan lesen baharu… kementerian ada peraturan-peraturan dan dia (syarikat) kena ikut termasuk zoning dan sebagainya,” katanya.

Baru-baru ini Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri menjual tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital Sdn Bhd bernilai RM156 juta, bagi pembinaan projek ‘bandar perubatan’.

Lim dilaporkan berkata, tanah milik Perbadanan Ketua Menteri itu diberi pajakan 99 tahun kepada syarikat itu dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM30 juta dan bayaran selebihnya perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan, setelah syarikat itu memperoleh lesen daripada Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

Kategori