Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Rakyat Malaysia Ditahan...

SADAO - Dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di...

Tiada DNA Manusia Pada...

PUTRAJAYA - Ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak...

Remaja Maut Motosikal Terlanggar...

BESUT – Malang menimpa seorang remaja lelaki yang maut akibat motosikal yang ditunggangi...

Nicol Bakal Bertemu Laura...

PEMAIN nombor satu dunia dari Malaysia Datuk Nicol Ann David mara ke separuh...

Bayi Baru Lahir Ditemui Di Pondok Belakang Rumah

PARIT – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di pondok belakang sebuah rumah di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah tersebut kira-kira pukul 7 pagi tadi, yang terkejut melihat bayi yang masih bertali pusat itu.

“Siasatan awal mendapati bayi seberat 2.47 kilogram itu dipercayai baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam balutan kain di pondok tersebut.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Teluk Intan dan keadaannya tenat sehingga terpaksa menggunakan bantuan mesin. Ujian darah turut dilakukan untuk mengesan sebarang penyakit lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori