Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Ini Cucu Saya Nombor...

MARAN - Kelibat kanak-kanak perempuan berpakaian serba merah yang berdiri di pintu pagar...

“Itu Politik Bangang, Saya...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya...

Hujan Lebat Di India,...

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat...

Singapura Warta 4 Asrama...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai...

Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah

RIO DE JANEIRO – Bekas Gabenor Rio de Janeiro dijatuhi hukuman 14 tahun dan dua bulan penjara setelah didapati bersalah atas pertuduhan rasuah dan melakukan pengubahan wang haram, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim Persekutuan Sergio Moro, yang mengendalikan kes rasuah melibatkan syarikat minyak milik negara, Petrobras, turut memerintahkan Sergio Cabral membayar denda sebanyak US$160,000.

Cabral yang ditahan November 2016 lalu, menghadapi beberapa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Beliau merupakan seorang daripada pemimpin yang ditahan dalam beberapa siri skandal rasuah melibatkan pemimpin di negara itu.
“Jenayah yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada konteks yang sangat luas…dalam kes ini, Gabenor dan sekutunya secara sistematik menerima peratusan sogokan daripada semua kerja-kerja awam yang dilaksanakan di negeri Rio de Janeiro,” tulis Moro dalam penghakimannya.

Cabral, yang memegang jawatan sebagai Gabenor Rio de Janeiro dari tahun 2007 sehingga 2014, menghadapi sembilan pertuduhan rasuah dan ini adalah sabitan pertama terhadapnya.

Berdasarkan penghakiman, Cabral hanya dibenar memohon pengurangan hukuman setelah beliau mengembalikan semua aset haram yang dimilikinya.


“Tanggungjawab seorang Gabenor negeri adalah sangat besar, begitu juga kesalahannya apabila dia melakukan jenayah. Tidak ada jenayah yang lebih teruk daripada mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan suci yang diberikan oleh rakyat, demi manfaat diri sendiri,” kata Moro.

Bekas Setiausaha Dalam Negeri Rio de Janeiro, Wilson Carlos Carvalho yang juga orang kanan Cabral, turut didapati bersalah kerana rasuah dan dihukum 10 tahun penjara. – BERNAMA

Kategori