SEORANG pelacur remaja yang menjadi alat pemuas nafsu kepada 24 anggota polis ketika dia berusia 16 tahun, menang dalam kes saman ke atas majlis bandaraya Oakland dan mendapat pampasan sebanyak RM4.2 juta.
Jasmin Abuslin, 19, mendakwa telah menjadi mangsa dan dieksploitasi oleh anggota polis terbabit.
Dia yang menggunakan nama jalanan Celeste Guap, mendakwa hanya tiga anggota polis yang membayarnya bagi perkhidmatan seks yang diberikan.
Jasmin sebelum ini menuntut RM283 juta namun bersetuju dengan bayaran sebanyak RM4.2 juta itu selepas penyelesaian antara dua pihak dijalankan oleh peguam masing-masing.
Dia mendakwa ada antara anggota polis itu yang menggalakkannya meneruskan kerja sebagai pelacur malah ada yang memberikan tip bagaimana untuk menarik pelanggan.
Salah seorang anggota polis terbabit pernah menawarkan untuk menjadi bapa ayam.
Namun apabila dia mengugut untuk mendedahkan perkara berkenaan, salah seorang anggota polis terbabit, Brendan O’Brien, telah membunuh diri.
Jasmin yang kini tidak lagi menjadi pelacur, bagaimanapun tetap mendedahkan perkara itu menyebabkan beberapa anggota polis dipecat.
“Sekarang adalah masanya untuk membayar pampasan yang dipersetujui mengikut perjanjian bagi membolehkan gadis ini pulih semula dan pada masa sama polis Oakland perlu menukar sistem dan budaya kerja,’’ kata ahli Majlis Oakland, Rebecca Caplan. – MYNEWSHUB.CC