Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kilang Polister & Tekstil...

SEREMBAN - Sebuah kilang pengeluar polister dan tekstil di Kawasan Industri Nilai dekat...

Harga Petrol Naik 7...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak tujuh...

Rutte Sifatkan MAS ‘Penghubung...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Belanda Mark Rutte, yang tiba  hari ini untuk melakukan...

Perak Harap Tiada Caj...

IPOH - Kerajaan negeri Perak meminta Perbadanan Aset Keretapi (RAC) supaya mempertimbang atau...

Belia Terengganu Terima Dana TOM Sebelum Aidilfitri

KUALA BERANG – Dana Transformasi Orang Muda (TOM) yang disediakan kerajaan negeri Terengganu akan diserahkan kepada semua penerima yang layak sebelum tibanya Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata sehingga kini kerajaan negeri telah menyelesaikan hampir 70 peratus pembayaran kepada belia di seluruh negeri ini mengikut kategori masing-masing.

“Peruntukan Dana TOM meningkat 10 peratus pada tahun ini iaitu sebanyak RM23 juta melibatkan 113,000 penerima manakala tahun lepas kita telah belanjakan sebanyak RM22 juta untuk 104,861 penerima,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengagihan Dana TOM Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di sini, hari ini.

Mengikut rekod menerusi dana TOM, sebanyak RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 hingga 40 tahun dan berpendapatan bawah RM2,000.

Rozi berkata bagi pemohon yang gagal dalam permohonan terdahulu, rayuan akan dibuka selepas selesai pengagihan dana tersebut.


“Kebanyakan permohonan yang gagal adalah disebabkan masalah teknikal seperti kesilapan nombor kad pengenalan dan nama…tetapi bagi permohonan baharu, ia tidak akan dibuka dan harus menunggu pada tahun hadapan. Pastikan belia ini juga telah mendaftar sebagai pengundi kerana ia merupakan salah satu syarat utama.

“Belia di negeri ini harus berterima kasih kerana dana seumpama ini tidak ada dilaksanakan di mana-mana negeri. Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat walaupun dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik,” ujarnya. – BERNAMA

Kategori