Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PM Beri Jaminan Sempadan...

Phnom Penh : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada...

Tamat Kontrak Zainal Untuk...

SEPANG - Penamatan serta merta kontrak Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih Selangor...

IPTS & GLU Tidak...

PUTRAJAYA - Tiada halangan untuk pihak universiti swasta dan universiti berkaitan kerajaan (GLU)...

Pasukan Bantuan Mapim Tiba...

MAKASAR - Kumpulan Misi Bantuan Kemanusian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tiba...

Bengkel Terbakar, 14 Kereta Musnah Di Klang

SHAH ALAM – Empat belas kereta yang disimpan di sebuah bengkel di Pandamaran, Klang dekat sini, musnah dijilat api dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.03 pagi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

“Seramai 28 anggota bomba bersama tiga jentera dan satu lori tangki air diarah melaksanakan operasi memadam kebakaran. Api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian sebelum ia sempat merebak ke premis bersebelahan,” katanya di sini, hari ini.

Kebakaran itu disedari seorang pekerja bengkel yang kemudian bertindak menghubungi pihak bomba dan pekerja-pekerja bengkel berkenaan juga hanya sempat menyelamatkan dua kereta akibat api marak dengan cepat.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori