Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

50 Kekosongan Jawatan Gred19...

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan 50 kekosongan jawatan pegawai penguat kuasa...

KPDNKK Rampas Telefon Bimbit...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu dua...

Pasar Raya Di Kuala...

KUALA TERENGGANU - Sebuah pasar raya kerugian kira-kira RM8,000 selepas premis berkenaan dipecah...

88 Sekolah Di Kelantan,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 88 buah sekolah masing-masing 64 di Kelantan dan 24 di...

Berakhirnya Derita Si Puntung…

LAHAD DATU – Satu daripada tiga badak sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia dimatikan hari ini menerusi suntikan dalam operasi euthanasia di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di sini.

Badak sumbu Sumatera yang berusia 25 tahun itu diberi nama Puntung sebelum ini pernah mendapat liputan media kerana menderita akibat kanser kulit.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, operasi itu terpaksa diawalkan daripada tarikh yang dirancang iaitu pada 15 Jun bagi menamatkan penderitaan haiwan terbabit.

Puntung sebelum ini menderita akibat kanser berkenaan yang tumbuh di bahagian hidung kirinya menyebabkan haiwan terancam itu sukar bernafas.


Malah akibat penyakit itu, Puntung juga berada dalam keadaan kesakitan yang berpanjangan dan tahap kesihatannya juga menurun dengan mendadak.

Oleh kerana situasinya semakin meruncing dan keadaan Puntung yang menderita, keputusan drastik diambil untuk menamatkan penderitaannya menerusi suntikan euthanasia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori