Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Fara Hezel Sah Bergelar...

PETALING JAYA - Dengan dua kali lafaz, penyanyi, Fara Hezel, 23, sah bergelar...

Orang Ramai Tidak Perlu...

KUALA LUMPUR - Sikap orang ramai yang takut membuat laporan mangsa penipuan peminjam...

TERKINI: SPRM Tahan Muhyiddin,...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Pasukan Peguam Najib Akan...

PUTRAJAYA : Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Razak bagi...

‘Bom Jangka’ Akhirnya Berjaya Dikeluarkan Doktor

BEIJING – Sekumpulan pakar bedah di China berjaya mengeluarkan objek berukuran 72 sentimeterĀ daripada badan seorang lelaki dalam satu prosedur pembedahan yang dijalankan di sebuah hospital di bandar Shanghai baru-baru ini.

Pakar perubatan, Dr. Yin Lu dan pasukannya pada JumaatĀ mengambil masa selama tiga jam bagi membuang ‘bom jangka’ seberat 13 kilogram itu yang dikatakan merupakan sebahagian usus besar daripada pesakit berkenaan.

“Kami terkejut besar ketika melihat perut lelaki berkenaan, ia seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa,” kata Dr. Lu memetik portal Dailymirror.

'Bom Jangka' Akhirnya Dikeluarkan Dari Seorang Lelaki

Lelaki berusia 22 tahun itu pada mulanya menganggap perutnya yang kembung itu adalah disebabkan angin dan masalah sembelit, namun diaĀ tidak menyedari ia sebenarnya merupakan najis dan gas yang terkumpul.

Penyakit radang ususĀ yang dihidap lelaki itu dikenali sebagaiĀ Hirshprung’s DiseaseĀ (HD), iaitu sejenis penyakit ganjil yangĀ berlaku dalam setiap 5,000 kelahiran.

'Bom Jangka' Akhirnya Dikeluarkan Dari Seorang Lelaki

Penyakit HD ini kebiasaanya dikesan sewaktu individu itu masih kecil namunĀ kebanyakan tidak menyedarinya sehinggalah meningkat dewasa.


IaĀ menyebabkan mangsa hilang daya kawalan untuk membuang air besar secara normal, membuatkan perut pesakit akan mengembung bak wanita hamil yang sedang mengandung.

Ia mungkin terjadi disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

Namun penyakit HD ini tidak mempunyai punca-punca yang jelas, di mana ada yang mengatakan iaĀ merupakan penyakit yang diwarisi daripada keluarga. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori