Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TMJ Disahkan Presiden FAM...

KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan...

Latheefa Koya Ganti Mohd...

KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai...

Bakti Beri Sumbangan Kepada...

TUMPAT - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

UMNO Kelantan Harap Wujud...

UMNO Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat direalisasikan dengan membentuk satu hubungan lebih...

Bomba, Jabatan Kesihatan Perak Jalin Kerjasama

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi meningkatkan tahap perkhidmatan perawatan kecemasan awal dan pengurusan mangsa kebakaran dan kemalangan.

Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis berkata kerjasama itu tertumpu kepada perkhidmatan membabitkan anggota Pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba yang akan berperanan sebagai pasukan perawatan kecemasan awal di lokasi kejadian.

Katanya, sehingga kini terdapat 168 pegawai bomba yang ditauliahkan sebagai anggota EMRS Perak selain mereka juga telah mendapat pendedahan latihan selama 120 jam daripada anggota jabatan kesihatan di unit kecemasan hospital.

“Kita rasa bertuah kerana walaupun perjanjian persefahaman belum dilakukan namun pihak jabatan kesihatan telah pun membuka pintu untuk pegawai EMRS daripada JBPM hadir mendapatkan ilmu dalam bidang rawatan ini sejak Januari lalu.

“Selain itu, pembelajaran terbabit juga dilihat selaras dengan skop tugas jabatan selaku ‘penyelamat’ nyawa dan harta benda awam,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Inisiatif Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Kesihatan Negeri Dalam Perkhidmatan Rawatan Prahospital dan Ambulans Perak di sini, hari ini.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Hassan Merican Omar Naina Merican berkata perjanjian persefahaman yang terjalin antara kedua-dua pihak akan mewujudkan perkongsian pintar yang lebih komprehensif terutama daripada aspek maklumat, logistik, latihan, pengetahuan, kepakaran dan sebagainya.

Beliau berkata garis panduan melibatkan persefahaman antara kedua-dua pihak juga telah dibentuk selain akan diguna pakai semua anggota jabatan kesihatan negeri dan anggota JBPM Perak yang terlibat dalam perkhidmatan prahospital dan khidmat ambulans. – BERNAMA

Kategori