Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan...

Kuantan : Guru lelaki disahkan maut menjadikan tiga mangsa meninggal dunia dalam kemalangan...

Trending Media Sosial Tak...

DRAMA Nur kini semakin digemari oleh peminat drama Melayu ketika ini tetapi kecenderungan...

Kerajaan Isytihar Hari PRU-14...

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan...

Mahathir Harap Rafizi Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap Naib Presiden...

Briged Ke-31 Infantri Bantu Mangsa Kebakaran Rumah

BINTULU – Angkatan Tentera Malaysia melalui Briged Ke 31 Infantri hari ini telah mengatur gerak anggotanya untuk membantu mangsa kebakaran Rumah Panjang Uma Badeng di Kawasan Penempatan Semula Sungai Koyan-Sungai Asap, Belaga.

Panglima briged itu, Brig Jen Datuk Fadzil Tajudin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengatur gerak pasukan terdekat iaitu Batalion ke-7 (BN 7) Rejimen Sempadan (RS) untuk misi menghantar bantuan bekalan makanan dan peralatan dapur dari Bintulu ke kawasan penempatan berkenaan.

Misi Program Jiwa Murni itu melibatkan dua pegawai dan enam anggota serta sebuah trak tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Turut terlibat ialah seorang pegawai dan tiga anggota Batalion Kedua Rejimen 510 Askar Wataniah serta enam pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bintulu.

Kebakaran yang dipercayai bermula pada kira-kira 5.38 petang semalam memusnahkan rumah panjang masyarakat Kenyah Badeng sepanjang 15 pintu itu, menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh gabungan pasukan Bomba Sukarela Uma Daro Liling Padung serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Samalaju pada 8 malam.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut Anggota Parlimen Hulu Rejang Datuk Wilson Ugak Kumbong, beberapa jentera berat akan dihantar bagi membantu melakukan pembersihan kawasan tapak rumah panjang yang terbakar esok.

BN 7 Renjer Sempadan akan menghantar sehingga 20 anggota untuk tujuan itu.

Rumah panjang Uma Badeng adalah salah sebuah daripada 15 buah rumah panjang di kawasan penempatan itu yang dibina bagi memindahkan penduduk-penduduk yang terjejas akibat projek Empangan Bakun lebih 20 tahun lepas. – BERNAMA

Kategori