Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pulau Pinang Tetap Teruskan...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang bertegas meneruskan sekolah vernakular di negeri itu selepas...

Keputusan UPKK Boleh Disemak...

PUTRAJAYA : Semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021 yang dilaksanakan bulan...

Izara Aishah Dapat ‘Baby...

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram, semalam.Berita gembira...

Hari Bertunang, Tapi Bapa...

Di laman Facebook Mira Pak Nasir, pemiliknya berkongsi bagaimana kisahnya yang dinikahkan terus...

Budak 2 Tahun Jatuh Tingkat 1 Dalam Keadaan Berdiri

SEORANG budak lelaki berusia dua tahun nyaris maut akibat terjatuh dari tingkat satu asrama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Kepala Batas, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Muhd Firash Mikail, bagaimanapun mengalami patah paha kiri kerana terjatuh dalam keadaan berdiri.

Kanak-kanak itu dilaporkan berada di bangunan asrama itu bersama bapa, datuk dan neneknya semasa menghantar ibu saudaranya ketika sesi pendaftaran pelajar baru KMPP, Isnin lalu.

Manakala, ibu mangsa, Che Nurshazwani Che Kamarul, 27, bekerja. Menurut bapa mangsa Muhd Fakruzi Samsudin, 27, ketika kejadian dia memimpin tangga anaknya untuk turun dari bangunan itu.

Bagaimanapun, anaknya jatuh tersadung sebelum kakinya terjuntai keluar dari koridor lalu terjatuh dari bangunan asrama itu.

“Sebelum sampai ke tangga, anak saya terjatuh kerana tersadung kaki saya sebelum dia cuba bangun.

“Ketika mahu bangun, dia berpusing dengan kakinya terjuntai keluar dari koridor lalu saya cuba memegang tangannya, namun tidak sempat sebelum dia terjatuh dalam keadaan berdiri,” katanya kepada Harian Metro.

Cemas dengan hal itu, dia kemudia bergegas turun untuk melihat keadaan anaknya.


“Saya mengangkat Muhd. Firash dan memeriksanya jika ada pendarahan berlaku sebelum mendapati tiada pendarahan serius.

“Anak saya ketika itu menangis kerana kesakitan kerana paha kirinya patah selepas terjatuh dalam keadaan berdiri. Saya membawanya ke Hospital Kepala Batas bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak saya patah paha dan disimen dari bahagian pinggang hingga kaki,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, dia tidak menyalahkan sesiapa atas insiden itu tapi berharap pihak KMPP mengubah suai pagar di asrama kolej berkenaan supaya lebih selamat kepada orang ramai.

Kategori