Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan Reman...

Tidak sampai 24 jam selepas ditahan, aktivis Perikatan Nasional (PN) Wan Muhammad Azri...

Pencari Madu Cedera Parah...

BESUT - Seorang pencari madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari sebatang pokok...

Raja Muda Saran Para...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan para pelajar...

Jawatan Kuasa Buat Laporan...

LANGKAWI - Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan laporan berhubung seekor gajah yang...

CEO, CFO FGV Diarah Bercuti Serta Merta

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha diarah bercuti berkuat kuasa serta merta.

Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan bagi membolehkan FGV menyiasat isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk salah sebuah anak syarikat FGV, Delima Oil Products (DOP).

Zakaria ketika ditemui di lobi Menara Felda di sini hari ini berkata, isu tunggakan itu hanyalah perkara kecil.

“Saya tidak menjangkakan sampai macam ini sekali sebab benda ini bukanlah besar sangat. Saya tiada masalah dengan arahan tersebut.

“Tempoh cuti tidak dinyatakan dan jika betul ia mengikut proses, tak mengapalah. Kalau dah begini, saya hadapi dengan tangan dan hati terbuka,” katanya yang dilaporkan Berita Harian.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang atau sebaliknya, beliau berkata ia bergantung kepada keputusan FGV, namun bertegas akan mempertahankan diri walau apa juga yang berlaku.


“Terpulang kepada keputusan FGV. Saya akan pertahankan diri walau apa juga yang berlaku,” katanya.

Difahamkan, tanggungjawab sebagai Presiden dan CEO FGV akan diambil alih oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah terdiri daripada dua ahli lembaga pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim dan Datuk Mohd. Zafer Mohd. Hashim bersama Ketua Kluster Logistik, Azman Ahmad.

Manakala tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pula akan diambil alih sementara oleh Pengawal Kewangan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir.

Sementara itu, satu sidang media berhubung isu itu akan diadakan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad di Menara Felda, hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori