Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Jatuh Gaung...

DEHRADUN (India) - Gara-gara mahu mengambil 'swafoto', seorang pelajar kolej maut selepas jatuh...

Allahyarham Ja’afar Onn Wira...

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan...

Agong Rasmi Pembukaan Penggal...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan...

PH Kekal Cadangan Tiga...

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Tmbalan...

Celcom Dituntut Bayar Ganti Rugi – Pemuda PAN

KUALA LUMPUR – Pemuda PAN menuntut agar pengendali rangkaian telekomunikasi tempatan Celcom membayar ganti rugi kepada pengguna berikutan gangguan talian dan internet.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kegagalan fungsi talian dan internet Celcom antara jam 7 pagi hingga jam 9.30 pagi pada 13 Jun lalu wajar diambil pertimbangan serius.

“Malah di sesetengah lokasi, gangguan berlaku lebih lama hingga menyebabkan para pengguna menanggung kerugian dalam tempoh tersebut.

“Lebih sedih, gangguan berlaku ketika waktu puncak dan syarikat berkenaan hanya melampirkan seperenggan permohonan maaf, tanpa sebarang komitmen ganti rugi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shazni Munir, pengguna rangkaian telekomunikasi itu menjadikan laman sosial sebagai medium untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

“Semakan di twitter rasmi Celcom hingga jam 12.40 pagi hari ini, seramai 2,217 orang telah ‘retweet’ dan 127 orang telah membalas permohonan maaf yang dilampirkan.

“Sekitar 3,400 individu yang komen di facebook. Ribuan ‘share‘ dan ’emoticon’ pula jelas menggambarkan perasaan tidak puas hati pengguna.


“Malangnya, jawapan yang diberikan Celcom sekadar melepaskan batuk di tangga. Menggunakan ‘autoreply’ mungkin,” kata Shazni Munir lagi.

Pemuda PAN katanya turut menuntut agar Celcom membayar ganti rugi dalam bentuk data internet tambahan serta talian dan SMS percuma selama satu hari kepada pengguna.

“Demi memenuhi tanggungjawab sosial, Pemuda PAN menuntut agar Celcom bayar ganti rugi dalam bentuk data internet tambahan (minimum) sebanyak 3GB serta talian dan SMS percuma ke semua rangkaian telco selama sehari.

“Bagi pengguna postpaid, rebat sebanyak 10 peratus harus diberikan untuk bil bulan ini, selari dengan sikap Celcom sendiri yang cukup berkira sekiranya pengguna lambat menjelaskan bayaran bulanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=L6P-vRFvqM4

Kategori