Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rafizi Minta Penyokong PKR,...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong...

Dedah Jika Ada Perjanjian...

ALOR SETAR - Pulau Pinang diminta mendedahkan sebarang perjanjian yang membuktikan negeri itu...

Torres Bakal Tinggalkan Atletico...

FERNANDO Torres merancang untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat musim ini. Penyerang Atletico...

Pembunuhan Di Tapah, 4...

TAPAH - Empat sekeluarga sekali lagi ditahan reman semula selama tujuh hari bagi...

CEO ASEAN Yakin Prospek Syarikat Tempoh 12 Bulan

KUALA LUMPUR – Kajian yang dijalankan oleh firma audit global, KPMG, mendapati 94 peratus daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) ASEAN yakin prospek syarikat mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPMG berkata angka berkenaan lebih tinggi daripada purata dunia, di mana hanya 83 peratus daripada CEO yakin terhadap syarikat mereka dalam tempoh yang sama.

“Keyakinan ini menunjukkan sebahagian besar CEO di ASEAN (75 peratus) yang mengharapkan untuk meningkatkan jumlah pekerja mereka sehingga lima peratus dalam 12 bulan akan datang manakala di seluruh dunia, hanya 39 peratus daripada pemimpin perniagaan global yang merancang untuk melakukan yang sama,” katanya.

Laporan tinjauan Prospek CEO Global 2017 KPMG juga menunjukkan perniagaan semakin mencari untuk mendapatkan lebih banyak bakat yang khusus, seperti pakar teknologi kognitif atau yang mempunyai wawasan yang lebih besar terhadap isu-isu geopolitik.

Kajian itu juga mendapati 92 peratus CEO ASEAN dijangka melabur di Blockchain dan alat analisis data, 83 peratus dalam teknologi kognitif, termasuk pembelajaran mesin, dan 79 peratus dalam Internet of Things (IoT) dalam tiga tahun akan datang.


Rakan Kongsi Urusan KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris, berkata pelaburan digital yang lebih besar akan menawarkan peluang yang lebih banyak kepada syarikat untuk menjamin kelebihan daya saing.

Mengenai cabaran, beliau berkata, ancaman serangan siber akan terus menjadi antara risiko bagi syarikat-syarikat ketika mereka berpindah ke era digital, dan memberikan contoh, ‘wabak’ ransomware WannaCry  pada Mei baru-baru ini yang menjejaskan lebih daripada 530,000 komputer di 150 negara. – BERNAMA

Kategori