Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Honda Lancar Edisi Terhad...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia melancarkan edisi terhad CR-V dengan kit badan Mugen,...

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua...

JAKARTA - Pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar yang dilaporkan hilang di...

Sarimah Ibrahim Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada pengacara Sarimah Ibrahim yang telah selamat bergelar isteri kepada cucunda...

Ebit Lew Hantar Gambar...

TENOM: “Saya lihat gambar kemaluan lelaki dalam perbualan antara pengadu dan Ebit Lew”.Ikuti...

CEO FGV Tampil Beri Keterangan Kepada SPRM

PUTRAJAYA – Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad hari ini tampil memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung FGV.

Beliau tiba seorang diri di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada kira-kira 2.20 petang dengan berbekalkan beberapa dokumen.

“Saya dipanggil SPRM. Saya nak serah dokumen bersangkut paut FGV sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menjawab dakwaan terhadapnya berhubung isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products (DOP), Zakaria berkata: “Saya akan jawab apa soalan yang diajukan.”

Semalam, Zakaria dan tiga lagi pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.


FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada 1 April tahun lepas. – BERNAMA

Kategori