WAH… untung sungguhlah insan yang bergelar Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta.
Apa tidaknya, beraya sakanlah Che Ta sekeluarga tahun ini kerana pelakon jelita itu bukan sahaja mendapat tajaan baju raya, tetapi juga turut dihadiahkan sebuah kereta berjenama Haval H2 sebagai tanda penghargaan
Bagi yang tidak tahu, Che Ta sebenarnya merupakan duta kepada kereta tersebut. Maka, tidak lah pelik Che Ta menerima hadiah semahal itu kan.
Tapi apa yang menariknya, Che Ta turut menerima nombor plat kereta yang ditempah khas namanya iaitu RQ2174.
“Kontrak bersama Haval diikat setahun bermula Oktober tahun lepas. Berkenaan nombor pendaftaran tu pula, saya hanya beritahu saya minat nombor plat RQ2174. Tidak sangka pula pihak Haval melakukan kejutan ini.
“Sebab itu jangan tanya pasal harga RQ2174 sebab mereka tak beritahu saya. Alhamdulillah, meriahlah raya saya tahun ini. Selain tajaan baju raya, saya juga dihadiahkan sebuah kereta baharu,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.
Che Ta turut meluahkan rasa syukurnya atas pemberian itu menerusi laman Instagramnya. – MYNEWSHUB.CC