Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan 2 Pegawai...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai agama...

SPRM Siasat Dakwaan Penyelewengan,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke...

Zenith Tarik Balik Tuntutan,...

GEORGE TOWN - Firma undang-undang Tetuan Syahrul & Hamidi yang mendakwa Ahli Parlimen...

Johan Pertahan Aksi Cium...

AKSI kontroversi Johan mencium bibir isterinya, Ozlynn saat namanya diumumkan pemenang bagi kategori...

Cubaan Seludup 288kg Sisik Tenggiling Tumpas

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 288kg sisik tenggiling bernilai kira-kira RM3.69 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Paddy Abd Halim berkata bertindak atas maklumat, pemeriksaan dijalankan ke atas 12 kotak disyaki membawa barang larangan import di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas, KLIA pada 9 Jun lepas.

Katanya kotak-kotak tersebut dicatatkan mengandungi cengkerang tiram di dalam surat muatan udara dengan alamat penerima di Ampang, Selangor adalah palsu.

“Kotak yang ditahan tersebut, tiba melalui penerbangan Turkish Airlines dari Ghana ke KLIA sebagai destinasi akhir dituju,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan yang membawa hukuman denda minimum 10 kali ganda atau 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Paddy berkata ini adalah kes ketiga melibatkan rampasan sisik tenggiling pada tahun ini.

Katanya sisik tenggiling dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III kecuali dengan permit import dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Tambahnya ia juga disenaraikan sebagai barang dilarang import di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit. – BERNAMA

Kategori