KUALA LUMPUR – Semua operasi jabatan dan agensi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara akan ditutup mulai Sabtu ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah bersetuju agar semua UTC dan RTC ditutup pada hari Sabtu sekiranya hari raya pertama jatuh pada 25 Jun (Ahad).
“Semua UTC akan beroperasi semula selepas tamat cuti hari pelepasan am Hari Raya Aidilfitri mengikut negeri masing-masing manakala RTC akan beroperasi semula pada 28 Jun,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA