Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Staf PAIP Buat...

Kuantan : Dua kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) direman empat hari bermula...

Pakatan Rakyat 2008 Tidak...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam...

Indonesia Akan Larang Jemaah...

MAKKAH - Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) akan melarang jemaah memasak di bilik hotel...

Budak Perempuan Jadi Tebusan...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak dipercayai berumur anggaran dua tahun, dijadikan mangsa tebusan...

Dadah Bernilai Lebih RM2 Juta Berjaya Dirampas

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis syabu dan kokain bernilai RM2.28 juta dalam dua serbuan berasingan di Sungai Besi dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Rabu lepas.

Dalam serbuan pertama jam 8.30 malam di sebuah kedai gunting rambut di Sungai Besi, tiga lelaki berusia antara 21 dan 37 tahun ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Timbalan Komander Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed, berkata soal siasat terhadap mereka membawa kepada penemuan 20.4 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM1.43 juta yang disembunyikan di sebuah rumah berdekatan kedai itu.

“Kami percaya mereka ini aktif membekalkan syabu kepada pengedar dadah dan didalangi kongsi gelap di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Dalam kes kedua, seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun, dipercaya keldai dadah, ditahan di KLIA pada jam 9 malam kerana membawa 3.3kg dadah jenis kokain bernilai RM850,000 yang dimasukkan ke dalam 181 kapsul coklat.


“Dadah berkenaan dipercayai bukan untuk pasaran tempatan tetapu sebabknya akan diseludup ke negara jiran,”katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama enam hari sehingga 6 Jun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Arjunaidi juga berkata polis telah menahan 78,554 orang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM99.64 juta di seluruh negara pada empat bulan pertama tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori