Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gabenor Riau Dihukum Penjara...

Bandung - Gabenor Riau, Annas Maamun dihukum penjara enam tahun dan denda Rp200...

Jempol Dinaik Taraf Jadi...

JEMPOL - Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Jempol dalam...

Kantoi Rogol Budak Lepas...

SEORANG lelaki dari Ohio, Amerika Syarikat, Gary Sovie dijatuhi hukuman penjara 17 tahun...

NADMA Tubuh Sukarelawan Bantuan...

MERSING - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menubuhkan Pasukan Sukarelawan NADMA terdiri...

Daesh Mengaku Dalangi Serangan Berdarah Di London

LONDON – Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan berdarah di ibu kota London pada Ahad yang membunuh tujuh orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.

“Pejuang Daesh yang melakukan serangan London semalam (Ahad),” kata kenyataan agensi berita rasmi organisasi pengganas itu, Aamaq, yang diketahui memang ada hubungan dan sering menjadi jurucakap kumpulan tersebut.

Mesej ringkas dalam bahasa Arab yang disiarkan pada hari kejadian tersebut bagaimanapun tidak diulas dengan lebih lanjut oleh organiasasi berita tunggal kumpulan militan tersebut yang dikatakan beroperasi secara rahsia.

Aamaq yang ditubuhkan sejak 2014 sering melaporkan berita kejayaan misi kumpulan Daesh di seluruh dunia sebagai bahan propaganda termasuk kes pengeboman di Jakarta, Indonesia menjelang Ramadan, akhir bulan lalu.

Namun serangan bunuh diri di sebuah kasino yang meragut 36 nyawa dan mencederakan 54 orang di Manila, Filipina pada Sabtu lalu bukan angkara Daesh, sebaliknya dilakukan individu kaki judi sebagai balas dendam.

Dianggarkan hampir 1,000 warga Britain menyertai Daesh sejak ditubuhkan pada 2014 lalu dan kes serangan di London dipercayai ‘menebus’ tindakan negara itu melancarkan serangan udara terhadap militan tersebut di Syria.


Perdana Menteri Britain, Theresa May dalam pada itu menyalahkan penularan idealogi Islam yang ekstrem dan berikrar sedia bertindak keras ke atas sebarang kandungan pelampau dalam talian berleluasa di seluruh dunia.

Ia susulan kejayaan pihak polis British menahan 12 orang suspek menerusi dua serbuan secara mengejut di timur London setelah tiga orang suspek itu berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan pada hari kejadian.

Kempen pilih raya umum Britain digantung untuk hari tersebut sebagai tanda berkabung dan menghormati mangsa, yang termasuk 48 orang dirawat di hospital atas sebab kecederaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori