Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertarungan BN, PN: Pecah...

Pertembungan rakan sekutu yang membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

Siasatan Ke Atas Doktor...

PUTRAJAYA - Siasatan ke atas seorang doktor yang bergambar sambil menunjukkan isyarat 'peace'...

Anjur Program Kesenian Waktu...

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya (PPj) diminta untuk menganjurkan program-program kesenian pada waktu malam...

KFC Australia Dikecam Kerana...

TIDAK dapat dinafikan bahawa media sosial mampu memberikan impak yang besar dalam menyebarkan...

Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DoJ

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menuntut Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan terbaru mereka berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya tanpa mengemukakan bukti yang kukuh, sebarang dakwaan atau kenyataan terhadap individu tertentu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti DoJ.

“Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan nama masing-masing.

“Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan, kredibiliti DoJ itu sendiri boleh dipertikaikan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan bersama Setiausaha UMNO bahagian di sini, hari ini.

Beliau berkata sekiranya dakwaan tanpa tindakan ini berterusan, pihak-pihak tertentu akan ‘menangguk di air keruh’ dengan menggunakan kenyataan DoJ untuk kepentingan politik mereka.

Hishammuddin merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.


Ditanya sejauh mana dakwaan terbaru DoJ akan memberi kesan kepada UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata rakyat yang akan menentukannya.

Katanya walaupun terdapat banyak isu berkaitan nasional pada hari ini, masyarakat di peringkat akar umbi mahu melihat nasib mereka terbela di peringkat setempat.

“Pengundi mahu nasib mereka terbela dan bagi mereka masalah setempat lebih penting, saya yakin dengan cara dekati rakyat yang betul kami pasti boleh melawan kenyataan DoJ,” katanya. – BERNAMA

Kategori