Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

OIC Kutuk Serangan Ke...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras serangan oleh pengganas yang...

Bayi 2 Bulan Hidap...

ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan menghidap pelbagai penyakit kronik,...

Ujian Peluru Berpandu Korea...

SEOUL - Sebuah peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara dikatakan gagal, kata seorang pegawai tentera...

Ibu Bimbang, Anak Empat...

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak...

DBKL Kaji Kaedah Sesuai Naik Taraf Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji kaedah sesuai bagi menaik taraf dan mengubah suai landskap bazar Ramadan di sekitar ibu negara dalam usaha menjadikannya lebih kondusif bermula tahun depan.

Pengarah Eksekutif Pembangunan dan Sosio Ekonomi DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata antara kaedah yang bakal digunakan dalam menjayakan projek secara berperingkat itu ialah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk bagi tugas pengurusan.

“Mengambil contoh projek perintis Bazar Ramadan Kampung Baru di Jalan Raja Alang, ia diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang kita dapat lihat suasana di bazar tersebut menjadi lebih teratur dan kemas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ibrahim berkata DBKL juga akan meneliti lokasi bersesuaian dan strategik sekali gus menjadikan bazar Ramadan sebagai tarikan pelancong yang ingin merasai pengalaman berbeza di Malaysia pada bulan puasa.

“Setelah lokasi dikenal pasti, penjaja boleh memohon lesen dan mereka perlu mematuhi syarat, garis panduan dan SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan DBKL,” katanya.


Katanya, penambahbaikan yang dicadangkan termasuk kemudahan khemah besar ‘marquee tent’, pencahayaan dan kipas seperti yang dilakukan di Bazar Ramadan Kampung Baru.

“Inisiatif ini membolehkan pembeli dan peniaga berjual beli dengan lebih selesa dalam satu kompleks terutama dalam cuaca hujan,” katanya. – BERNAMA

Kategori