Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Berang Akta...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bengang dengan keputusan Perdana...

Punca Kebakaran Tahfiz Masih...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam...

Fiesta Belon Udara Panas...

PUTRAJAYA - Kejadian belon udara panas tersangkut di pokok, tiang elektrik atau mendarat...

Warga Emas Mungkin Dibenar...

KUALA LUMPUR – Warga emas mungkin dibolehkan memotong giliran untuk menunaikan haji lebih...

“Dengar Boleh, Percaya Jangan” – Ghapur Salleh

TAWAU – Penduduk kawasan Parlimen Kalabakan diseru tidak mudah percaya dengan dakyah negatif disebarkan pihak pembangkang yang datang ke tempat mereka dengan hanya satu tujuan iaitu menghasut rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan.

Anggota Parlimennya, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan penduduk di kawasan itu bahawa mereka boleh mendengar tetapi jangan percaya dengan dakyah negatif serta fitnah yang menjadi asam garam politik pembangkang.

Beliau berkata perkara itu berlaku memandangkan pilihan raya umum semakin hampir dan parti-parti pembangkang semakin aktif menghasut rakyat membenci kerajaan.

“Dengar boleh, percaya jangan! Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!” katanya, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jakarani, Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik, di sini, semalam.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik merangkap Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Datuk Muis Picho.

Sementara itu, Muis berkata penduduk di Pulau Sebatik kini menikmati pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan elektrik hasil kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kehidupan serta memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan luar bandar.


“Kita mengakui masih banyak lagi projek-projek pembangunan yang perlu dibawa ke Pulau Sebatik ini.

“Kita telahpun membuat pelbagai perancangan dan kita berharap rakyat akan terus memberikan sokongan agar setiap perancangan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Di majlis itu, Ghapur dan Muis turut menyempurnakan penyerahan bantuan wang zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada 299 penduduk dari beberapa buah kampung di pulau berkenaan. – BERNAMA

Kategori