Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

5,392 Warga Asing Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,392 warga asing kini berada di pusat tahanan di...

Nyanyi Di Mana Sahaja,...

MINAT mendalam terhadap aktiviti menyanyi untuk mengisi masa lapang telah mencetuskan fenomena baharu...

Populasi Gajah Liar Kini...

KUALA LUMPUR - Anggaran populasi gajah liar di Semenanjung Malaysia kini adalah sebanyak 1,220 hingga 1,450...

Dua Beradik Ditangkap Khalwat...

JITRA - Dua beradik wanita bersama pasangan masing-masing yang menyewa dua bilik berasingan...

Dera: Ahli Keluarga Juga Berdepan Tindakan

KUCHING – Ahli keluarga seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut, Terengganu yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya turut berdepan tindakan jika didapati ada unsur pengabaian dalam kes tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan pengabaian dan penderaan, sama ada ibu atau keluarga terdekat selain pelaku, akan turut didakwa.

“Akta Kanak-kanak memang memberi hukuman berat, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun 2 bulan awal pagi semalam.

Rohani berkata di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, pelaku boleh dikenakan denda RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 31 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.


“Polis sedang menyiasat kes tersebut, selalunya apa-apa melibatkan kanak-kanak mereka (polis) akan menggunakan Akta Kanak-kanak.

“Jika didapati ada unsur pengabaian, unsur dera dan sebagainya kita akan ambil tindakan…kita akan beri kerjasama dengan polis menjalankan siasatan dan pada masa yang sama jika diperlukan khidmat kaunseling akan turut diberikan kepada keluarga mangsa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

Kategori