Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hubungan Zizan & Mira...

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Zizan Razak menegaskan dia tidak mempunyai sebarang...

Rompak Wang 1MDB Juga...

PUTRAJAYA - Perbuatan merompak wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) juga merupakan maksiat...

Pelantikan Asyraf Wajdi Bukti...

HEBAT... Kisah ini ironi langsung tidak diperbesarkan oleh mana-mana portal berita prokerajaan Pakatan...

Perhimpunan Agung Tiga Sayap...

KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga sayap Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri -...

Tradisi Sambut Hari Gawai Terus Dipelihara

SERIAN – Walaupun menetap di Pulau Pinang sejak 37 tahun lalu kerana bertugas sebagai guru, bagi Rumpun Evy Ningon, beliau tetap berusaha untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Taee di sini untuk meraikan Hari Gawai Dayak bersama sanak saudara.

Guru wanita berusia 58 tahun ini yang bertugas di sebuah sekolah pendidikan khas di Pulau Mutiara itu berkata merentasi Laut China Selatan bukanlah penghalang baginya untuk merayakan hari istimewa ini yang disambut penduduk sebagai tanda mensyukuri hasil tuaian padi.

Ibu berketurunan Bidayuh ini berkata selain itu adalah menjadi aspirasi beliau untuk memastikan anak-anaknya mengetahui mengenai tradisi sambutan perayaan itu di kampung mereka yang terletak kira-kira 65km dari bandar raya Kuching.

“Saya tidak dapat pulang meraikan Gawai setiap tahun, tetapi seboleh-bolehnya saya akan berusaha untuk pulang. Sambutan di kampung ini sentiasa istimewa buat saya. Hari ini saya akan berpakaian tradisi Bidayuh yang lengkap untuk bersama-sama menyertai ‘birarak’ (perarakan) iaitu merupakan acara tahunan bagi penduduk setiap kali sambutan Gawai Dayak,” katanya kepada Bernama.

Perarakan Gawai Dayak di Kampung Taee telah bermula sejak lewat 1980-an untuk mempromosikan kebudayaan Bidayuh kepada penduduk setempat dan luar.

Peserta perarakan terdiri daripada penduduk kampung yang berpakaian tradisi diiringi paluan muzik tradisional disertai pelancong dalam dan luar negara, yang berarak di sekeliling kampung tersebut.

Bagi perarakan kali ini Evy disertai dua anak lelakinya yang turut sama memakai pakaian tradisi masyarakat Bidayuh bersama kakak iparnya, berketurunan Orang Ulu serta sanak saudara lain.


“Kampung ini memang unik, sepertimana keluarga saya sendiri yang mempunyai sanak saudara dari masyarakat Orang Ulu dan Cina,” katanya.

Ibu kepada tiga anak lelaki ini berkata selain pulang ke kampung tersebut, beliau turut mengajar anak-anaknya untuk bertutur bahasa Bidayuh.

“Walaupun tinggal di Pulau Pinang, anak-anak fasih berbahasa Bidayuh selain Bahasa Melayu, Iban, Inggeris, Tamil dan Cina,” katanya.

Kerajaan negeri Sarawak mengisytiharkan 1 dan 2 Jun setiap tahun sebagai cuti umum bagi meraikan Hari Gawai. – BERNAMA

Kategori