Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sudahlah! Jauhi Politik Poyo...

MAHASISWA aset intelektual. Justeru, menjadi tonggak utama dalam kemajuan bangsa dan negara. Jadi, apabila...

Isytihar Darurat Jerebu Di...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo mengarahkan kerajaan tempatan di wilayah yang mengalami masalah...

Angin Kencang Di beberapa...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya yang melanda kawasan perairan Sabah (Kudat,...

Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’...

APABILA Chantal Desjardins memuat naik foto anjing peliharaannya, Yogi, ke media sosial, dia tidak...

Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson

BAHARU beberapa jam dimuat naik, iklan rangkaian farmasi Wartson sempena Hari Raya Aidilfitri teruk menerima kritikan sehingga terpaksa ditarik balik.

Ini gara-gara iklan berdurasi 15 minit itu menimbulkan rasa kurang senang ramai kerana terdapatnya elemen diskriminasi terhadap warna kulit sekali gus berbaur perkauman.

Susulan itu, pihak Watson tampil memohon maaf menerusi laman sosial rasmi mereka.

Jelas mereka, pihaknya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak menerusi iklan itu.

Menurut kenyataan itu, iklan tersebut adalah mengenai kisah legenda Dayang Senandong, iaitu sebuah cerita rakyat tentang seorang wanita yang “disumpah dengan kulit hitam tetapi dikurniakan suara yang merdu”.

“Kami berpegang teguh pada pendirian kami bahawa sikap bersatu padu dan keadilan memainkan peranan yang penting, dan kami menghormati mereka dari semua negara.

“Video tersebut dirakam bagi merujuk kepada kisah legenda itu serta nilai moral bagi kecantikan dalaman dan bahawa cinta sebenar itu wujud,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, ada netizen yang memuji idea iklan raya Watson ini dan menyifatkan tiada isu rasis yang timbul dalam iklan tersebut.

“Saya sebenarnya suka iklan ini, sangat lucu! Watak Thailand Nang Nak adalah klasik. Saya pelik kenapa orang anggap video ini rasis. Jika anda tonton dengan hati terbuka, anda tidak berkecil hati.

“Siapa yang merasakan wajah hitam Harum Senandung dalam iklan ini adalah sesuatu yang biadab, anda yang tentukan. Tonton dengan hati terbuka,” ujar Vik Warren.


Dalam jalan cerita iklan itu, seorang saudagar kaya lakonan Kamal Adli mengadakan pertandingan khas untuk mencari gadis bersuara merdu dalam mimpinya.

Perbagai gadis hadir untuk mencuba nasib seperti Bawang Besar, Bawang Kecil, Puteri Mayang Mengurai, Puteri Hang Po Po, Laila Majmuk dan beberapa watak lain yang diambil seakan-akan watak cerita legenda.

Bagaimanapun, saudagar kaya terpikat dengan suara seorang gadis berkulit gelap bernama Harum Senandung dan tetap mahu mengahwininya.

Tetapi, gadis itu sebenarnya sengaja menghitamkana wajahnya untuk menguji saudagar tersebut.

Selain Kamal, artis yang terlibat dalam iklan ini ialah Ruhainies, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Sasha Saidin, Thanuja, Bell Ngasri dan Amber Chia.

Iklan ini penuh dengan unsur humor malahan cantik setting pemandangannya memandangkan berada pada era dahulu kala. – MYNEWSHUB.CC

Kategori