“SAYA stres sebab CGPA saya tak capai 4.00.”
“Saya yakin dengan CGPA 4.00 saya akan dapat kerja.”
Dalam dunia nyata, tidak semua berakhir sempurna. Sejauh mana pelajar yang punyai CGPA tinggi mampu hidup dalam dunia yang penuh cabaran?
Dalam alam pekerjaan, teori hadir sekadar panduan, namun kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah adalah elemen terpenting dalam meneruskan survival individu terhadap kerja mereka.
Sejak kebelakangan ini, kualiti kerja yang dihasilkan oleh pelajar yang “cemerlang” CGPA menjadi tanda tanya kepada majikan. Hebat atas kertas tapi gagal dalam kerjaya.
Dek kerana terlalu berdamping dengan buku, mereka lupa untuk menajamkan kemahiran insaniah semasa di universiti yang menjadi modal utama dalam dunia pekerjaan.
Siswa dan siswi perlu mengubah cara berfikir dalam belajar. CGPA bukanlah fokus utama, tingkah laku dan kemahiran insaniah perlu ditingkatkan dari masa ke masa agar lebih kompeten.
Kalau kompeten, tak akan wujud rungutan daripada majikan: “Graduan 4.00, tapi kerja macam sampah.”
#LaskarMalaya