Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Tubuh Pasukan...

POLIS Johor menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat dan mengenal pasti kumpulan...

Ibu Bapa Budak Lemas...

KUANTAN - Ibu bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di bekas lombong...

Harimau Sumatera Tertua Dunia...

HONOLULU — Seekor harimau sumatera, yang dipercayai sebagai spesies harimau belang yang masih...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama...

Diskaun Tol LDP, SPRINT, KESAS Sempena Aidilfitri

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SPRINT akan menikmati kadar diskaun tol masing-masing sebanyak 60 sen dan 20 sen Ahad ini sempena sambutan Aidilfiitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK), Sazally Saidi berkata semua kelas kenderaan akan diberikan kadar diskaun tol itu di kedua-dua lebuh raya berkenaan bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Ahad.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata LITRAK yang juga pemegang konsesi LDP dan SPRINT turut memberi diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada kenderaan kelas 1 di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) Ahad ini.

Menurutnya, kira-kira 451,000 pengguna di LDP dan Lebuhraya SPRINT serta 220,000 pengguna Kelas 1 Lebuhraya KESAS dijangka menerima faedah sempena pemberian diskaun itu yang merupakan amalan LITRAK sejak 2010.

“Sejak tahun 2010 hingga 2016, hampir RM10 juta subsidi tol telah diberikan kepada pengguna LDP, SPRINT dan Lebuhraya KESAS pada setap musim perayaan di Malaysia,” katanya.


Sementara itu, Sazally berkata sempena Aidilfitri ini, LITRAK dengan kerjasama PROTON, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Hong Leong YAMAHA dan Malaysia Motorcycle and Scooter Dealers Association (MMSDA) melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Balik Kampung’ selama tiga hari yang berakhir Khamis ini.

“Pengguna LDP boleh mendapatkan pemeriksaan kereta PROTON bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang manakala pemeriksaan motosikal percuma oleh MMSDA dan Hong Leong YAMAHA pada Rabu ini di Lorong Motosikal, Hentian Sebelah Petaling Jaya, LDP (arah selatan/Sunway-Puchong) bermula 10.30 pagi hingga 1 petang,” katanya. – BERNAMA

Kategori