DAH la dapat malu kerana alat sulitnya tersekat pada sepana, lelaki ini terpaksa pula mendapat bantuan daripada kumpulan berbeza untuk mengeluarkan peralatan itu daripada alat sulitnya.
Ini kerana doktor yang merawatnya gagal mengeluarkan sepana itu, lalu mereka terpaksa memanggil bomba dan selepas sehari tersekat dalam sepana itu, alat sulit lelaki yang berusia 37 tahun dan berasal dari Linhai, China ini mula berubah menjadi ungu.
Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan bagi mengurangkan aliran darah agar mereka dapat mengeluarkan sepana itu namun mereka perlu mendapatkan kebenaran penjaga.
Disebabkan ibu bapa lelaki itu tidak muncul di hospital maka doktor terpaksa menggunakan alternatif lain.
Mereka menghubungi bomba namun selepas memeriksa alat sulit lelaki itu, bomba bimbang jika mereka menggunakan pemotong besi maka ia akan membahayakan nyawa lelaki itu.
Akhirnya dengan bantuan doktor gigi yang menggunakan peralatannya barulah sepana itu dapat dikeluarkan daripada alat sulit lelaki itu.
Memang lelaki itu mendapat malu besar namun dia terpaksa menahannya demi keselamatannya sendiri.
Sehingga kini tidak diketahui kenapa sepana itu berada pada alat sulitnya. – MYNEWSHUB.CC