Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rekaan Lapangan Terbang Baru...

SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh...

25 Warga Asing Termasuk...

BUTTERWORTH - Seramai 25 warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam Ops Bersama...

1MDB Fokus Selesai Isu...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini memberi tumpuan kepada usaha untuk...

Siapa Ada Selera Nak...

DALAM banyak-banyak perkara, masalah yang paling tidak boleh ditoleransi oleh orang ramai tentunya...

Doktor Juga Berdoa Sebelum Bedah – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentang peri penting melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa penuh barakah.

Beliau berkata, menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan baca ‘Bismillahir-Rahmanir-Rahim’, kalimah bahasa Arab yang bawa maksud ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’.

Menulis di laman Facebooknya, Dr. Noor Hisham berkata: “Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan.

“Kita harus meyakinkan mereka bahawa kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Dr. Noor Hisham mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalinya apabila beliau terpaksa mematahkan tulang sternum pesakit bagi membuang kanser tiroid folikular berulang yang mengakibatkan pesakit tersebut kehilangan darah lebih 15 liter.

Ujarnya lagi, pakar bius bertugas ketika itu telah berputus asa dan beliau juga hampir menyerah kalah.

“Namun dengan izin Allah SWT, pesakit itu dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu kemudian,” katanya.


“Selama bertahun-tahun bertugas sebagai pakar bedah, saya belajar satu perkara penting – kita boleh cuba untuk lakukan yang terbaik untuk menjalankan pembedahan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sangat sukar,” katanya.

Catatan Facebook beliau itu dibuat berikutan terdapat kritikan seorang pemimpin pembangkang terhadap juruterbang pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang dilaporkan meminta penumpang supaya berdoa.

Ia berlaku ketika pesawat mengalami gegaran semasa dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas. Walaupun ia dikaitkan dengan isu teknikal enjin, pesawat berjaya patah balik dan mendarat dengan selamat.

Banyak pihak yang memuji tindakan juruterbang dan kru pesawat itu kerana begitu professional dalam menangani situasi tersebut serta memastikan keselamatan semua yang berada di dalam pesawat berkenaan. – BERNAMA

Kategori