Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bon Jovi Bersedia Gegar...

KUALA LUMPUR - "Gembira untuk berada di sini!" jawab penyanyi utama kumpulan rock legenda...

Mesej Mohon Maaf Bekas...

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut...

Penyanyi R&B James Ingram...

PENYANYI irama R&B tersohor dunia, James Ingram meninggal dunia pada usia 66 tahun...

Lontar Cakera: Irfan Perbaharui...

JAGUH lontar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin bertekad mempertahankan pingat emas pada Sukan...

Dr M Tak Seharusnya Lupa Memenjarakan Seterunya

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau telah menahan dan memenjarakan mereka yang menentangnya sewaktu beliau menerajui negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam catatan menerusi blog sskeruak.blogspot.com, hari ini.

“Dari 1998 hingga 2001, Dr Mahathir menahan banyak pihak yang menentangnya dan beliau menggunakan penahanan tanpa undang-undang perbicaraan untuk  menahan mereka yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.

Dr  Mahathir dalam blog chedet.cc/ hari ini berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.


Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.

Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya  bahawa Malaysia di bawah Dr Mahathir adalah negara polis dan Dr Mahathir sendiri merupakan diktator. – BERNAMA

Kategori