Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Ibu Tunggal Dirogol Bekas...

PETALING JAYA - Seorang ibu tunggal dirogol bekas kekasihnya dan dikurung kira-kira 10...

PRU: ATM Siap Siaga...

PORT DICKSON - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bersiap siaga bagi menghadapi sebarang...

Bekas Menteri Agama Kehilangan...

Duhai anakandaku HammadAir mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di...

Runtuhan Salji Di Itali,...

ROME (Itali) - Anggota penyelamat menemui kira-kira 30 mayat tertimbus akibat runtuhan salji...

Dua Beranak Sempat Selamat Diri, Kereta Terbakar

NILAI – Dua beranak sempat menyelamatkan diri sebelum kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terbakar di KM 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa, R. Yugeswari, 33, dan ibunya yang hanya dikenali sebagai Ruekmono, 64, dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Subang Jaya, Selangor.

“Mangsa (Yugeswari) melihat asap keluar daripada bahagian enjin semasa dalam perjalanan lalu memberhentikan keretanya.

“Dia dan ibunya sempat keluar dari kereta itu sebelum api merebak dengan pantas dan membakar 80 peratus kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Fauzi berkata kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh dua kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan.


Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 6.58 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

“Seramai dua pegawai dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama dua buah jentera dikerahkan memberi bantuan dan pihak kami mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori