Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zahid Hamidi Beri Amaran...

PUTRAJAYA - Susulan pengakuan beberapa pihak yang mengesahkan pernah ada pertemuan dengan indvidu...

SAR Anggota KD Perantau...

KOTA KINABALU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota KD Perantau disyaki jatuh...

Manifesto PRU13 N.Sembilan Tercapai...

SEREMBAN – Kesemua 44 manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan...

RM783.7j Untuk Selesai Masalah...

SIK - Kerajaan persekutuan dan negeri memperuntukkan RM783.7 juta bagi menangani masalah bekalan...

Empat Negara Arab Putuskan Hubungan Dengan Qatar

DUBAI – Empat negara Arab memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara tersebut cuba melindungi pengganas dan campur tangan hal ehwal dalaman negara mereka.

Negara terbabit ialah Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir bertindak memutuskan hubungan udara dan laut dengan Qatar, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Warga Qatar yang secara kebetulan berada di negara berkenaan turut diberi tempoh selama 14 hari untuk segera keluar daripada empat buah negara Islam terbabit.

Arab Saudi yang juga kemudian mengambil langkah yang sama turut menggesa negara-negara lain untuk segera mengambil tindakan sama ke atas Qatar.

Sementara itu, pihak UAE yang memutuskan hubungan atas alasan sama turut mengarahkan warga dan diplomat Qatar supaya meninggalkan negara tersebut dalam tempoh 8 jam

Kerajaan Qatar ujar UAE, dituduh melindungi organisasi pengganas termasuk Ikhwanul Muslimin. – MYNEWSHUB.CC

Kategori