Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Majlis Presiden Bincang Isu...

KUANTAN Isu berkaitan penyertaan wakil rakyat dan anggota UMNO ke dalam Pakatan Harapan...

Driver Teksi Nafi Ada...

SEMALAM, video rakaman pertengkaran antara sekumpulan gadis dan seorang pemandu teksi telah menimbulkan kontroversi...

Kit Ujian COVID-19 Tidak...

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan kit ujian COVID-19 yang...

SPRM Siasat Dakwaan Pegawainya...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap...

Erra Pernah Dilarang Berlakon Drama, Telefilem

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan pada suatu ketika dahulu, dia dilarang daripada menerima tawaran berlakon drama atau telefilem dan hanya dibenarkan untuk terlibat dalam filem sahaja.

Menurut Erra, dia hanya digalakkan berlakon filem sahaja sebagai langkah menjaga jenama dirinya dalam industri perfileman.

“Kalau diikutkan saya tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian.

“Bukannya apa ketika itu ingin menjaga jenama saya sebagai pelakon filem.

“Tetapi itu dahulu, sekarang Alhamdulillah tiada halangan dan banyak juga telefilem dan drama bersiri yang sudah saya jayakan,” katanya semasa ditemubual oleh mStar Online.

Namun, itu semua kisah lama. Kini, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik,43, tidak kisah untuk menerima apa-apa sahaja tawaran yang diberikan kepadanya asalkan dirasakan sesuai dengannya.

Tambahan pula, dia berasa teruja kerana bakal memasuki set penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijangka bermula selepas sambutan Hari Raya.


Sementara itu, Erra berkata, selain berlakon dia juga sedang dalam proses merakamkan single terbarunya.

“Alhamdulillah lagu baru sudah ada cuma pihak syarikat rakaman mahu saya menulis liriknya yang tertangguh kerana kesibukan dengan tugas lain.

“Bagaimanapun tugas itu saya serahkan kepada seorang penulis lirik dan harap-harap lagu itu dapat dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori