Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Batalkan ‘Transfer’ Jika KAFA...

KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa...

Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Insiden...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia...

Shima Padam Foto Bertunang...

PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali...

Memantau Kesilapan Cetakan Teks...

KUALA LUMPUR - Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat ribuan salinan Al-Quran...

Fasha Sandha ‘Naik Angin’ Dengan Suami Nora Danish?

JIKA melibatkan anak, ibu mana yang tidak meradang apabila si kecil itu tercalar atau terlebam sedikit selepas pulang daripada mana-mana tempat yang disangka selamat dan terlindung.

Itulah dirasakan olah pelakon Fasha Sandha selepas mendapat tahu anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma cedera sedikit di bahagian mata selepas diambil daripada rumah bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Mungkin kasihan melihat keadaan anaknya, Fasha pun upload gambar puterinya itu berserta kapsyen yang menyatakan hatinya terguris melihat anaknya tercedera sekembalinya daripada rumah bapa sendiri:

Ini adalah kesan luka dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya. Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar2 ibu yang akan memahami perasaan ini. Saya paksa diri demi kebaikan anak2 , bila balik ada lebam luka begini, apa patut sy rasa sbgai seorang ibu? Yes accidents happen, but sebagai ibu sy berhak untuk tahu kenapa jadi begini pada anak perempuan saya yang tak pernah luka seumur hidup. Saya menulis, kerana saya sgt terguris hati, saya bukan marah,bukan juga membesarkan hal, tapi sy menulis kerana sy berhak untuk menulis tentang apa yg saya lalui. Adakah kerana sy seorang artis, saya tidak berhak menulis? Adakah sy hanya boleh menulis perkara yang MANIS2 dan BAIK sahaja? . . . Saya seorang ibu, hanya ibu mithali saja yang akan memahami perasaan saya. Semoga Allah sentiasa melindungi anak2 saya apabila saya tiada disisi. Ini adalah luka pertama dan luka tu dimuka pula. Saya berasa kecewa sangat kecewa Saya yang mengandungkan dan saya yang melahirkan anak saya. Bila anak saya sakit saya turut merasakan kesakitan. Tidak berniat memburukkan sesiapa, hanya berkongsi, dan saya tetap akan menulis di IG saya sampai bila2, pahit atau manis. Its my IG, remember that always. #iburayfalraysha #frustrated @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Namun, bukan semua yang senang melihat posting Fasha. Seperti biasa, netizen bergaduh sesama sendiri di ruangan komen dan masing-masing bertelagah mempertahankan pihak yang dirasakan benar dalam hal itu.

Dalam pada itu, kebetulan pula suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz turut memuat naik status di Insta Story yang seakan-akan ‘menyerang’ tindakan Fasha yang seperti hendak memburukkan Jejai.

Maklumlah lelaki tersebut sebenarnya juga merupakan rakan baiknya dan bekas suami kepada Nora sendiri. Haa, nampak tak pusingan tu?

‘Bengang’ dengan apa yang dianggap serangan peribadi oleh Nedim itu, Fasha pun membalas dendam dengan memuat naik Insta Story berkaitan posting terdahulu lelaki itu.


Masalahnya, status Nedim itu terang-terang menyebut ‘his‘ dan ‘him‘ yang merujuk kepada lelaki. Jadi, kenapa yang Fasha meradang sangat tu?

Nedim pun membalas kembali isu yang dicetuskan Fasha itu melalui Insta Story juga dengan menyoalkan adakah anak Fasha itu seorang lelaki kerana gambar yang dimuat naik itu kan perempuan!

Kelakar pun ada melihat selebriti gaduh-gaduh manja di media sosial ni. Apa-apa pun berbaik-baik sahajalah kerana industri hiburan Malaysia ni kecil sangat, pusing-pusing jumpa orang sama juga.

Lagipun Hari Raya kan dah nak dekat! – MYNEWSHUB.CC

Kategori