Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

LTdL 2015: Juara Berganda...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali, juara berganda Tour de France daripada pasukan...

Konvensyen Pakatan Malu Gagal...

SHAH ALAM - Perjanjian kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan (PH) diketuai DAP yang...

Sepasang Kekasih Tidur Bertemankan...

SEPASANG kekasih warga China bertuah apabila memenangi hadiah luar biasa iaitu peluang bermalam...

Gambar: Model Menawan Victoria...

SIAPA yang tidak kenal dengan model-model peragaan untuk jenama Victoria Secrets.Ramai yang teringin...

Flakka: Dadah Paling Bahaya Abad Ini

FLAKKA, sejenis dadah stimulan sintetik yang boleh mengubah kelakuan manusia menjadi agresif dan lagak seperti zombie ganas.

Flakka dihasilkan pada 1960 di Florida Selatan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Texas Poison Centre Network, Flakka dihasilkan secara meluas di China dan dijual pada harga AS Dolar 5 untuk satu dos.

Mampu meningkatkan tahap kesedaran dan mengubah perangai menjadi agresif, Flakka diklasifikasikan sebagai dadah psikostimulan.

Flakka menjadi tumpuan setelah mendapat perhatian media berikutan beberapa kes aneh luar norma yang berlaku pada tahun 2015 di AS

Dalam beberapa kes yang direkodkan di AS, pengguna Flakka akan hilang kesedaran dan bertindak luar norma seperti berlari dalam keadaan bogel, paranoid dan delusi seolah-olah mempunyai kuasa manusia super.


Flakka lebih berbahaya berbanding kelompok dadah yang lain disebabkan oleh kesannya yang mampu mengubah tingkah laku pengguna secara drastik dan berbahaya.

Mungkin Flakka belum sampai ke Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga, semua pihak perlu bersedia dengan segala kemungkinan.

Kita tidak mahu zombi kampung pisang menjadi kenyataan.

#laskarmalaya

Kategori