Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

7 Pengajaran Penting Yang...

MENYERTAI tenaga kerja sesebuah organisasi buat pertama kali mungkin memberi lebih banyak pengajaran...

Agong Lawat Pusat Ramalan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Polis Halang Penyokong Parti...

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan...

Nazri Aziz Positif Covid-19

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Gambar Askar Kamikaze Senyum Sehari Sebelum Mati

DI medan peperangan, tiada darjat yang lebih tinggi dari seseorang yang sanggup mengadaikan nyawa ketika berjuang.

Konsep mati ketika berjuang ini sememangnya telah dipraktikkan sejak dari dahulu lagi oleh pelbagai negara di seluruh dunia.

Namun dalam sejarah peradaban manusia, tiada yang terlampau radikal seperti yang dilakukan oleh askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Kamikaze atau lebih dikenali sebagai “dewa angin” merujuk kepada tindakan berani mati juruterbang dengan cara merempuh kapal perang laut musuh menggunakan pesawat tempur.

Gambar Askar Kamikaze Senyum Sehari Sebelum Mati

Menerusi taktik itu, juruterbang akan menjunamkan pesawatnya tepat ke badan kapal-kapal dan sasarannya ialah kapal induk yang mengangkut pesawat.

Juruterbang kamikaze, Yukio Araki, maut pada usia 17 tahun setelah melakukan serangan berani mati ke atas kapal tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS) di Okinawa, pada 27 Mei 1945.

Kapal perang AS yang dikenali sebagai USS Braine (DD-630) itu mengalami hampir 50 peratus kemusnahan dan mengorbankan 66 anak kapal, namun ia dikatakan masih tidak karam dilautan.

Bagaimanapun, sehari sebelum misi tersebut dijalankan, Araki dan beberapa rakan dari skuad kamikaze unit 72 Shinbu sempat menyertai jamuan keberangkatan dalam melaksanakan misi terakhir seorang tentera.

Upacara yang dikenali sebagai “Mizu no Sakazuki” itu merupakan upacara khas meminum seteguk cawan kecil sake dan kemudian pegawai-pegawai akan mengangkat pedang masing-masing ke udara.

Gambar Askar Kamikaze Senyum Sehari Sebelum Mati

Selesai upacara berkenaan, kesemua anggota akan bersiap sedia dengan misi terakhir masing-masing dan pada ketika itu gambar Araki memegang seekor anak anjing bersama empat lagi yang lain berjaya dirakam jurugambar.

Difahamkan, Araki sempat menulis beberapa pucuk surat kepada ibu bapanya dengan ucapan;


“Saya telah disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam peperangan di Okinawa dan saya telah pun diserapkan ke dalam unit pasukan khas.

“Terus terang sangat teruja rasanya, saya hanya memikirkan untuk menenggelamkan kapal perang musuh dengan satu terjunan.

“Sebagai anak, saya ingin memohon maaf kerana begitu jarang bersama keluarga dan pengorbanan ini hanyalah demi kesetian kepada Raja dan negara.

“Saya tidak pernah menyesal dengan jalan yang saya pilih,” tulisnya pada 5 April 1945.

Angkatan kamikaze ditubuhkan atas perintah Maharaja Hirohito ketika Perang Dunia Kedua dan seramai 4,000 anggota kamikaze dilaporkan terbunuh dalam misi tersebut.

Gambar Askar Kamikaze Senyum Sehari Sebelum Mati

Statistik bilangan korban yang dilaporkan oleh seorang pakar sejarahwan, Lamont-Brown mengangarkan seramai 2,940 anggota terbunuh sepanjang Oktober 1944 hingga Ogos 1945.

Laporan daripada pihak ketenteraan AS pula mendedahkan sebanyak 34 kapal angkatan laut mereka telah ditenggalamkan, menyebabkan 4,900 anak kapal terbunuh. Manakala 368 kapal perang yang lain mengalami kerosakan teruk akibat serangan kamikaze.

Bagaimanapun, tiada angka rasmi mengenai bilangan sebenar anggota kamikaze yang masih hidup selepas tamat Perang Dunia Kedua dan kisah mereka juga tidak pernah dihebah kepada masyarakat dunia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori