Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pegawai Timbalan Menteri...

BEKAS pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang dipecat selepas...

Skandal Hartanah, Datuk Latif...

EXCO Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi yang kini sedang bercuti dari...

Satu Lagi Drama Plot...

SETELAH kantoi ekoran bekas staf PetroSaudi, Xavier Andre Justo dicekup polis Thailand pada...

Pasukan CDERT JPAM Barisan...

KUANTAN - Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)...

Gambar Menteri Indonesia Tertidur Jadi Tular

GAMBAR menunjukkan Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti sedang nyenyak tidur di atas sebuah sofa tular di media sosial.

Difahamkan gambar terbabit dirakamkan di balai menunggi VIP Lapangan Terbang John F Kennedy, News York, lapor Jakarta Post.

Gambar berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji Susi dan menggelarkannya ‘Superwoman’.

Susi dilaporkan tertidur di lounge VIP lapangan terbang itu selepas menghadiri satu persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hal ehwal maritim di New York pada Ahad lalu.

Pada persidangan itu, beliau turut menerima pujian daripada pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio terhadap usaha beliau memerangi penangkapan ikan secara haram dan melindungi laut.


Gambar itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun Facebook milik Jim B. Aditya pada 12 tengah malam, Isnin lalu.

“Superwoman ini layak untuk digelar Ibu Laut Indonesia,” tulis Jim pada kapsyen gambar itu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=wNiuZSoh9Do

Kategori