Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Remy Ada Ramuan Bantu...

LONDON - Jose Mourinho melihat trio penggempur Chelsea - Diego Costa, Didier Drogba...

Suspek LTTE Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Ahli kelab penyokong PAS, US Subramaniam yang ditahan pihak polis...

Pesara Dan Tentera Cedera...

MELAKA - Sebanyak 87 anggota tentera darat berpencen dan masih berkhidmat, yang tercedera...

Proses Keluarkan Serpihan Selesai...

SEMENYIH - Proses mengeluarkan serpihan helikopter yang terhempas di sini, dijangka selesai dalam...

Gerakan Persoal Keperluan Tubuh CMI Sama Fungsi SSI

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari mempersoalkan keperluan kerajaan negeri pimpinan DAP menubuhkan Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) yang fungsinya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Diperbadankan (SSI).

Pemangku Ketua Pemudanya Jason Loo berkata ini kerana kerajaan negeri sendiri mendedahkan Enakmen CMI dan Enakmen SSI secara keseluruhannya adalah sama kecuali dari segi pemegang kuasa.

“Kami mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan sama ada segala keputusan dalam CMI dibuat oleh seorang individu sahaja memandangkan kedua-dua undang-undang terbabit adalah sama kecuali kuasa diberi kepada orang berbeza,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sejak bulan lepas Gerakan Pulau Pinang mendakwa penjualan sebidang tanah di Peel Avenue oleh kerajaan negeri kepada sebuah hospital swasta pada harga RM156 juta merupakan keputusan satu individu.

Perkara itu dinafikan oleh Lim yang berkata CMI hanya melaksanakan penjualan tanah tersebut selepas mendapat kebenaran majlis mesyuarat kerajaan negeri.


Semalam Lim dipetik berkata bahawa Enakmen CMI 2009 dan SSI adalah sama dari segi asas perundangan.

Loo bagaimanapun terus mendesak Lim mendedahkan kepada umum minit mesyuarat berhubung penjualan tanah itu bagi membuktikan keputusan tersebut bukan keputusan seorang individu sahaja. – BERNAMA

Kategori