Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Cabang Khidmat ATM...

SEMPORNA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya – darat, laut...

LKIM Sedia Hadapi Fenomena...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menubuhkan jawatankuasa bencana bagi...

Saman Fitnah: Harris Salleh...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk...

8 Warga Malaysia Seludup...

INCHEON - Lapan warga Malaysia ditahan dan didakwa atas beberapa tuduhan cuba menyeludup...

GMMF Kutuk Serangan Masjid Finsbury Di London

KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas di Masjid Finsbury Park, London Isnin lalu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 10 yang lain cedera.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berkata peningkatan kes-kes keganasan yang berlaku di United Kingdom (UK), sama ada disebabkan mereka yang memperjuangkan ideologi Daesh atau insiden keganasan disebabkan Islamophobia, amat membimbangkan yayasan itu.

Kedua-dua ideologi ini mempunyai ciri yang sama, iaitu memupuk perasaan benci dan rasa ketuanan yang menebal, yang bertentangan dengan nilai-nilai keamanan masyarakat global yang mengamalkan kesederhanaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, GMMF menggesa pihak berkuasa diberi ruang untuk melakukan siasatan terperinci berhubung kes terbaharu yang berlaku di UK itu, dan dalam masa yang sama, yayasan itu melahirkan rasa simpati terhadap mangsa terlibat, kerajaan dan rakyat negara itu.


Dalam insiden Isnin lalu itu, sebuah van merempuh jemaah masjid yang baharu sahaja selesai berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih, menyebabkan seorang terbunuh dan 10 yang lain cedera.

Polis dilaporkan telah menahan seorang lelaki berumur 47 tahun yang dipercayai terlibat dalam serangan berdarah itu untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori