Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adib Ditarik Keluar, Dihentak...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner memutuskan bahawa anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM),...

KRT Digalak Anjur Program...

KOTA BAHARU - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan Kawasan Rukun...

Budak 12 Tahun Curi...

HONG KONG – Pihak polis sedang memburu satu kumpulan yang didapati menggunakan seorang...

Malaysia Sambut Hari Komanwel...

PUTRAJAYA - Malaysia bersama 53 negara anggota Komanwel yang lain meraikan sambutan Hari...

Program Jelajah UMNO Bantu Golongan Memerlukan

KUALA TERENGGANU – Program UMNO Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) yang dilancarkan pada 19 Mei lalu telah berjaya membantu kira-kira 250,000 golongan sasar yang memerlukan di negara ini.

Pengerusi BiKUM, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan melakukan ‘post mortem’ sepanjang tempoh siri jelajah itu dilaksanakan bagi mengenal pasti sejauh mana keberkesanan program itu serta menyusun langkah susulan.

Menerusi program itu, katanya, rakyat yang terpilih seperti anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal serta pesakit kronik telah menerima bantuan dan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas serta pembukaan akaun Tabung Haji dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Bagi fasa satu program ini, negeri Terengganu merupakan destinasi terakhir selepas kami menjelajah ke 21 buah lokasi di seluruh negara.

“Menerusi inisiatif ini secara tidak langsung kita menjadi mata dan telinga kerajaan dalam mendapatkan maklumat serta pandangan mengenai isu-isu kebajikan, malah dapatan yang diperolehi akan disalurkan dalam meningkatan keupayaan perkhidmatan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Seri Iman, di sini semalam.


Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 200 keluarga miskin di negeri ini manakala 100 murid tahun satu pula berpeluang membuka akaun SSPN-i.

Shamsul Anuar yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata secara keseluruhan BiKUM menyumbangkan dana sebanyak RM515,000 kepada golongan sasar di negeri ini termasuk untuk membantu mereka memerlukan menerusi sumbangan yang disalurkan kepada UMNO Bahagian masing-masing. – BERNAMA

Kategori