Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mat Redha, Partner Erin...

RUPANYA bukan Erin Malek seorang sahaja yang mengambil tarikh cantik 10.10.2014 sebagai hari...

Murid Bakal Guna Kad...

KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara...

Harga RON97 Naik Lagi...

HARGA runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter bagi tempoh bermula tengah...

Keputusan Rayuan Kes Saman...

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah...

GrabCar ‘Buang’ Pemandu Biadab Serta Merta

TINDAKAN memalukan dan mengutuk pelanggan di dalam video oleh seorang pemandu GrabCar akhirnya menerima padah apabila dia disingkirkan serta merta semalam.

GrabCar menerusi laman Twitter memaklumkan pemandu tersebut telah dikeluarkan daripada sistem perkhidmatan mereka serta-merta selepas video tersebut tular menerusi laman sosial.

 GrabCar 'Buang" Pemandu Biadap Serta Merta

Semalam tular di laman sosial mengenai video yang memaparkan seorang pemandu GrabCar yang mengutuk pelanggannya dalam bahasa Malaysia ketika membawa mereka ke satu destinasi.

Pelanggan GrabCar itu terdiri dari dua pelancong dari China dan menggunakan perkhidmatannya untuk ke satu destinasi.

Baca: Pemandu Grab Selamba ‘Bodohkan’ Pelancong China

Video yang dirakamkan oleh pemandu itu sendiri tular di laman sosial selepas aksinya mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut.


Teksi, Uber dan GrabCar sering kali digambarkan antara wajah pertama Malaysia. Apabila pelancong bertemu dengan pemandu mesra, amanah dan ramah pada kali pertama ketika berkunjung ke satu-satu negara, mereka akan membina perasaan positif di dalam hati mereka ketika melancong.

Namun, jika sebaliknya pula yang berlaku, maka negatiflah pemikiran pelancong tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori