SEORANG pelatih tukang paip dikejutkan dengan kotak piza yang dibukanya mengandungi lukisan berbentuk gurauan yang menggambarkan serangan pengganas.
Michael Thorman, 19, dari Newburn, Tyne and Wear di England meminta satu jenaka ditulis pada tempahan pizanya yang dibuat secara dalam talian, berikutan ia kini menjadi trend di media sosial.
Bagaimanapun, Thorman bersama teman wanitanya, Leigh Wadforth, 21, mendapati gambaran serangan 9/11 di Pusat Dagangan Dunia dilukis di dalam kotak tersebut.
Thorman berkata: “Ia bukan lucu, tiada apa yang kelakar mengenai 9/11.”
Satu lagi kotak pula mengandungi gambar dua piza sedang bergaduh.
Pelatih tukang paip itu kemudiannya membuat aduan di Facebook syarikat piza itu mengenai gurauan ‘kotor’ yang diterima. – Mail Online/mStar Online