Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UMNO Mahu Guan Eng...

KEPALA BATAS - Umno Bahagian Kepala Batas mahu Lim Guan Eng disiasat mengikut...

2 Maut Kemalangan 5...

KUCHING - Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori, van, dua...

Ambil Alih Konsesi 4...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merujuk pendapat...

Pindaan Akta 164 Progresif,...

KUALA LUMPUR - Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976...

Abdul Hadi Dijangka Keluar IJN Beberapa Hari Lagi

KUALA LUMPUR – Perkembangan  kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin baik dan dijangka keluar dari wad hospital beberapa hari lagi.

Setiausaha Politiknya, Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, proses pemulihan Abdul Hadi selepas menjalani pembedahan berjalan dengan lancar.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Tuan Guru adalah semakin baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.

“Ketika saya bertemu Tuan Guru malam tadi, sempat juga Tuan Guru mengambil sedikit masa untuk mencatatkan nukilan beliau bagi bacaan awam.

“Kami dimaklumkan bahawa Tuan Guru dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi, insyaAllah,” katanya.

Abdul Hadi sebelum ini dimasukkan ke IJN berikutan keadaan ksihatannya yang tidak mengizinkan dan menjalani pembedahan injap jantung.


Menurut IJN, pembedahan yang dijalankan selama tiga jam itu berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

Abdul Hadi sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada tahun lalu sekitar Januari dan Oktober. Media melaporkan ia hanya sekadar rawatan susulan biasa yang dijadualkan oleh pakar. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menerima rawatan di IJN tahun lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=a0ynEWHCihY

Kategori